Diberhentikan kerja & dihalau dari rumah, wanita cuba terjun dari tingkat 32

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita bertindak cuba untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium selepas dipercayai tertekan diberhentikan kerja serta dihalau dari rumah sewa.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.

"Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri," katanya.

Katanya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.

"Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

"Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen