Rebah ketika isi minyak, netizen sebak lihat anak saksi detik ayah 'pergi' depan mata

Tak semua manusia akan kekal di atas muka bumi ini, cepat atau lambat semuanya akan pergi menghadap sang pencipta dan walau belum siap untuk terima semua ketentuan itu..

Rebah ketika isi minyak

Begitulah yang dilalui oleh seorang pengguna Tiktok yang menggunakan nama 'eizaamir86' apabila dia telah kehilangan suaminya sehari selepas kejadian suaminya rebah secara tiba-tiba ketika sedang isi minyak.

Anak saksi kejadian

Perkongsian video oleh Eiza menyaksikan detik-detik kejadian menerusi rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang lebih menyentuh hati orang ramai apabila kejadian itu turut disaksikan oleh anak lelakinya yang masih kecil.

Dia hanya mampu melihat ayahnya dibawa orang awam dan pekerja pam minyak jauh dari kawasan berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat.

Alami ketumbuhan di kepala

Bagaimanapun, buat yang tertanya-tanya punca kepada kematian suaminya secara mengejut itu, Eiza memaklumkan bahawa suaminya meninggal dunia bukan disebabkan penyakit jantung sebaliknya mempunyai ketumbuhan di kepala.

 

'Menitis air mata'

Meskipun pahit ditelan, Eiza redha dengan pemergian suaminya dan kini tabah membesarkan lima orang cahaya matanya sendirian. 

Selain itu, tak dinafikan bahawa rata-rata netizen tumpang berdukacita di atas pemergian suami Eiza di samping menitipkan ucapan takziah dan berharap agar dia kuat melalui liku-liku kehidupan akan datang meski tanpa suami di sisi.

'Moga terus kuat'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen