Bakal timang cahaya mata, 'seller' ikhtiar jual pakaian 'secondhand' untuk sara keluarga

Hari demi hari jika kita lihat pelbagai situasi yang melibatkan sebahagian rakyat yang kurang berkemampuan di luar sana apabila mereka sanggup buat apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak  masih kecil.

Ikhtiar jual baju anak beranak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah peribahasa yang mungkin dapat dipadankan dengan situasi mereka dan hal itu turut dialami oleh seorang pengguna Twitter ini dengan menggunakan nama @babyshirt21.

Dia telah memuat naik hantaran di platform tersebut bahawa dia benar-benar memerlukan duit memandangkan perniagaannya tidak dapat diselamatkan lagi ditambah pula tidak lama lagi mereka akan menimang cahaya mata kedua.

Mohon maaf jual baju mahal

Susulan itu, mereka mengambil keputusan untuk menjual pakaian mereka anak beranak sekaligus memohon maaf di atas harga yang diletakkan mungkin tidak bersesuain dengan kondisi pakaian yang 'second hand'.

Ramai minta nombor akaun

Bagaimanapun, hantaran tersebut nyata raih perhatian pengguna Twitter lain dan rata-ratanya tidak ketinggalan untuk tampil hulur bantuan mengikut  kemampuan masing-masing kerana faham dengan cabaran orang ramai di luar sana dalam mendepani situasi di musim pandemik ini.

 

'Moga murah rezeki'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen