Kesal pekerja terlibat kemalangan langgar lari, Sarah & Shuib buru Myvi hijau

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesal dengan kemalangan langgar lari yang menimpa pekerjanya, pasangan Selebriti, Siti Sarah dan Shuib bertindak menjejak pemandu tidak bertanggung jawab itu.

Bengang pekerja ke langgar lari

Menerusi akaun Instagram pasangan ini, pekerja berkenaan, Muhammad Afiq Hidayat Mohd. Fauzi yang menaiki motosikal mengalami kecederaan serius selepas paha dan kedua-dua belah tangannya patah, manakala hidung serta pipinya pula koyak selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hijau.

“Ya Allah dugaan untuk pekerja saya @bubblebeemalaysia_hq kena langgar lari. Ya Allah kenapalah dah langgar nak kena lari? Tak boleh ke tolong.. biadab! Kalau jadi kat keluarga awak macam mana?

“Staff kami dekat Muar kemalangan langgar lari tapi orang ramai dapat nombor kereta yang langgar tu. Tangan dua-dua patah, paha patah! Pipi koyak hidung koyak!” kongsinya.

Tekad tuntut keadilan

Sehubungan dengan itu, pasangan ini juga tekad untuk menjejaki pemilik Perodua Myvi dan menuntut keadilan buat pekerjanya.

Shuib juga meminta orang ramai membantunya mengesan pemilik Perodua Myvi berwarna hijau yang telah melarikan diri sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.

“Malangnya, kereta yang melanggar budak ni boleh lari! Tolong viralkan sebab sampai sekarang pemilik kereta yang langgar masih tak serah diri! Detail kereta JKF 9590 Myvi hijau,” katanya.

Silap besar!

Dalam pada itu, pasangan selebriti ini juga menegaskan bahawa mereka akan mencari peguam untuk menuntut pembelaan ke atas nasib yang menimpa pekerjanya.

“Silap besar lari dik (pelaku). Saya akan cari peguam! Mungkin budak ini (mangsa) bukan darah daging saya.

“Tapi dia adalah keluarga Bubblebee Malaysia dan kami akan tuntut,” kata Sarah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen