Alami kesempitan hidup lepas suami dipenjara, ibu sebak tak dapat urus jenazah anak

Gara-gara kesempitan hidup, seorang ibu terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan yang meninggal dunia akibat demam panas.

Lihat ibu sedang menangis

Memetik akhbar Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna Sabah apabila disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Menurut Laili Basir yang merupakan pengasas Rumah Ngaji, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

"Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun."

"Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa."

-Laili Basir-

Ibu trauma anak pergi depan mata

Bagaimanapun, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan pada jam 1.30 tengahari pada Isnin.

Susulan itu, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

Lalui kesempitan hidup lepas suami dipenjara

Difahamkan, keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani penjara selama setahun kerana masalah dadah.

"Justeru, kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian."

-Laili Basir-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen