SOP baru dianggap tak munasabah, penjaja 'buka mulut' mohon waktu operasi dikaji semula

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, waktu operasi kedai makan dan penjaja dihadkan kerana kerajaan memandang ianya sebagai satu langkah dan usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

'Kes rendah, boleh beroperasi awal'

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang meminta kerajaan pusat agar menimbang semula pelaksanaan waktu operasi penjaja makanan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini dengan mengambil kira kes harian Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri iaitu Jagdeep Singh Deo, langkah itu bagi membolehkan penjaja di negeri yang merekodkan kes Covid-19 yang rendah, beroperasi awal berbanding 8 pagi yang ditetapkan.

Sifatkan SOP baru tak munasabah?

Hal ini adalah kerana pihaknya menerima banyak permohonan dan aduan daripada penjaja makanan terutama di kawasan pasar awam dan tapak penjaja sementara yang menyifatkan SOP itu tidak munasabah kerana penjaja makan perlu menunggu dua jam selepas beroperasi.

"Selalunya pelanggan akan membeli makanan ketika keperluan harian di pasar,...sekiranya mereka (penjaja makanan) lambat beroperasi, maka tidak ada hasil jualan."

-Jagdeep Singh-

Surat permohonan telah dihantar

Sehubungan itu, menurutnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini menolak permohonan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal waktu operasi kepada jam 6 pagi.

"Kelmarin, PBT telah menghantar sepucuk surat rayuan kepada MKN dan saya sendiri akan menghubungi menteri yang berkaitan untuk membincangkan hal ini."

-Jagdeep Singh-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen