Mundar-mandir sebelum buat kerja, dua wanita curi emas Korea diburu polis

Sejak semalam telah tular sebuah rakaman yang menyaksikan tindakan dua orang wanita yang terlibat dalam kes mencuri sejumlah barang kemas Korea di sebuah gerai yang tidak beroperasi di dalam pasar raya di Bertam pada Isnin.

Dua wanita terlibat kes curi barang 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pihaknya menerima aduan daripada seorang peniaga lelaki berusia 39 tahun yanh mendakwa barangan jualannya dicuri.

Jelas Noorzainy, mangsa menyedari kejadian itu kira-kira pada jam 5 petang selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di rumahnya di Kulim, Kedah.

"Suspek didakwa telah menyelak kain biru yang menutupi kotak pameran dan mengambil barang-barang kemas Korea."

"Rakaman CCTV memaparkan dua suspek yang memakai pelitup muka beberapa kali mundar-mundar di kawasan kedai mangsa sebelum mencuri."

-Noorzainy-

Rakaman kejadian

Susulan kejadian, mangsa mendakwa kerugian kira-kira RM2,000 selepas satu kotak cincin dan rantai tangan emas Korea dilarikan suspek.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen