Niat baik disalah erti, warga emas dituduh menculik kerana tumpangkan gadis OKU

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara memberi bantuan kepada seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaan, tindakan seorang warga emas disalah ertikan apabila dituduh cuba melakukan penculikan.

Video rakaman kejadian tersebut telah menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu remaja berkenaan bersama orang awam bertindak menghalang kereta dipandu warga emas berkenaan yang didakwa melarikan anaknya.

Sehubungan dengan itu, menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berdasarkan siasatan, pengadu yang berusia 54 tahun bersama anaknya pergi ke sebuah warung di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan pukul 9 pagi.

“Selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki yang memandu Perodua Viva.

“Kenalan pengadu memuat naik video kejadian di beberapa kumpulan WhatsApp sebelum kereta itu ditemui di Saujana Rawang pada pukul 12.30 tengah hari.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya selamat dan tidak cedera,” katanya.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa mangsa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya sebelum menahan kenderaan yang dipandu warga emas berusia 80 tahun.

“Warga emas itu beranggapan remaja tersebut meminta pertolongan sebelum keretanya ditahan di Saujana Rawang,” ujarnya.

Justeru, pihak polis mengesahkan tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan. Malah, pengadu telah menarik semula laporan polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen