"Baru 15 tahun dah bergaduh pasal jantan..." - Netizen panas hati tengok budak perempuan ditarik rambut

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular di laman Twitter akan pergaduhan sekumpulan remaja perempuan dipercayai berlaku di satu kawasan perumahan.

Bergaduh sambil buat 'live'

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @4shrf yang memaparkan keadaan pergaduhan antara remaja perempuan tersebut.

Menurut @4shrf remaja tersebut membuat live di media sosial masing-masing ketika pergelutan tersebut.

Difahamkan video tersebut menjadi tular apabila ada penonton yang membuat rakaman skrin di telefon masing-masing.

Buat report & dapatkan rawatan

Sehubungan dengan itu, gadis yang menjadi mangsa juga dikatakan telah membuat laporan polis selain turut menyertakan sekali selinan tersebut.

Berdasarkan report yang dikongsi, kes pergaduhan berkenaan didakwa atas alasan berebut abang angkat.

Sehubungan itu, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Gadis baju kuning tampil jelaskan keadaan

Selepas video tersebut tular, seorang remaja perempuan dipercayai menjadi ‘kepala’ dalam pergelutan tersebut tampil menjelaskan keadaan.

Katanya, kejadian tersebut berpuncan daripada fitnah-memfitnah dan bukan sebab ‘jantan’ seperti yang didakwa malah dia turut mengaku memukul mangsa kerana berasa marah.

Panas hati tengok video macam ni

Justeru itu, pelbagai reaksi dapat dilihat diruangan Twitter tersebut yang rata-rata mengecam tindakan gadis berbaju kuning selain menasihati agar tidak melakukan hal-hal seperti ini kerana akan memberi kesan di kemudian hari.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen