Tak tahan sakit lepas disahkan Covid-19, lelaki nekad gantung diri bawah jejantas

Memetik akhbar Kosmo, seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Terima panggilan kecemasan awal pagi

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.47 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan Balakong."

-Mohd Zaid-

Tak tahan sakit

Susulan kejadian tersebut, sumber memaklumkan bahawa mangsa disyaki dijangkiti Covid-19 sebelum mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

"Maklumat daripada waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas."

-Mohd.Zaid-

Bagaimanapun, mayat mangsa berjaya diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Kajang untuk tujuan bedah siasat.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen