Tak puas hati kena tinggal, gadis bakar motosikal bekas teman lelaki

Hati wanita mana yang tak sakit bila hubungan cinta yang terjalin sekian lama akhirnya terputus di tengah jalan dan memang tak dinafikan bahawa mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah merancang ingin berumah tangga namun, tidak kesempaian.

Bakar motor bekas kekasih tanda protes

Ianya terjadi disebabkan banyak faktor, tetapi itu tidak bermakna kita boleh melakukan sesuatu sebagai tanda balas dendam atau protes seperti yang berlaku di Thailand.

 

Video tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun '@anthraxxx' yang menyaksikan tindakan seorang gadis nekad membakar motorsikal bekas teman lelakinya selepas tidak puas hati ditinggalkan.

'Kenapa benak sangat dia tu'

Bagaimanapun, siapa sangka tindakan itu menerima pelbagai respon apabila melihat motosikal lain yang berada di situ turut terbakar akibat daripada perbuatan wanita terbabit yang dianggap tidak 'menggunakan akal'.

'Kenapa dia tak terbakar sekali'

 

Situasi tersebut boleh dipadankan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, 'Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga'. Gara-gara dendam dengan seorang, habis yang tak bersalah menjadi mangsa. Moga jadi iktibar buat semua agar sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu yang mungkin akan 'memakan' diri sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen