Niat baik nak beri nombor janda pada member, sekali telefon pula yang melayang

Oleh: Zuzu Yasmine

Title ‘janda’ sememangnya sangat sensitif buat wanita terutama golongan isteri. Mana tidaknya, segelintir lelaki lebih mengidamkan janda untuk dijadikan isteri selain dikatakan mereka itu pandai memikat hati suami.

Malah, jika suami bergurau atau menyebut perkataan janda di hadapan isterinya sememangnya dikatakan sengaja mengundang padah.

Niat prank isteri tapi lain pula jadinya

Seperti video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok ini apabila gurauannya mengudang padah apabila isterinya dilihat naik angin hingga menghempas telefon bimbit.

Difahamkan, lelaki berkenaan sengaja ingin ‘prank’ isterinya dengan berpura-pura menjawab panggilan rakannya yang kononnya meminta nombor janda.

Berang dengar perkataan tersebut dari mulut suaminya, wanita berkenaan telah merampas telefon bimbit sebelum membaling ke arah lantai kereta.

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, lelaki berkenaan segera mengaku bahawa itu sekadar gurauan namun wanita berkenaan tidak mengendahkan malah seakan marah dengannya.

Jomlah masuk rumah

Dalam video yang lain pula, lelaki berkenaan sempat berkongsi bahawa nasibnya terpaksa tidur luar pada malam tersebut namun, tidak lama isterinya datang memujuk dan meminta maaf kerana merajuk.

Sehubungan dengan itu, lelaki berkenaan turut mengakui serik untuk melakukan perkara tersebut lagi.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen