"Bantuan khas Covid-19 diberi mulai Ogos..." -Muhyiddin Yassin

Sebelum ini media melaporkan bahawa kerajaan akan menyediakan lebih banyak bentuk bantuan terutamanya kepada mereka yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan.

Bentuk bantuan oleh kerajaan

Justeru itu, telah berlangsungnya satu sidang media hari ini bersama dengan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengumumkan bantuan tersebut sekaligus memperincikan bentuk bantuan yang akan diberikan pada PKP kali ini.

Selain itu, menrut sumber, kerajaan telah memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

"Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November."

"Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan yang sama."

-Muhyiddin Yassin-

Kategori M40 turut tak terkecuali

Tidak hanya dengan itu, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan seperti yang telah diputuskan dan juga akan diberikan pada bulan Ogos.

"Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos ini."

-Muhyiddin Yassin-

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk tidak menamatkan PKP 3.0 sebaliknya akan diteruskan berikutan peningkatan kes harian yang kekal pada jumlah melebihi 4,000 kes.

Bagaimanapun, khabar itu disusuli pula dengan bantuan prihatin yang akan diberikan bagi membantu rakyat yang terkesan di musim pandemik ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen