Ayah bancuh susu pekat untuk susukan anak buat netizen sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak dinafikan ketika ini ramai terpaksa ikat perut malah ada juga yang hilang punca pendapatan berikutan pandemik Covid-19 yang tidak tahu bila akan berakhrinya.

Bancuh susu pekat buat anak

Baru-baru ini, tular akan satu video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali @muhammadadam1 yang memaparkan dirinya sedang membancuh susu buat anaknya.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat perhatian ramai kerana si ayah dikatakan terpaksa membancuh susu pekat buat anaknya yang kelaparan.

Menerusi video itu juga, dilihat si ayah sempat menyuapkan susu yang sudah dibancuh pada anaknya sedang merengek ketika tidur.

Video berdurasi satu minit tiga saat itu mendapat lebih 230,000 ribu tontonan serta dihujani lebih 3000 komen dari warganet.

Duduk mana? Kami nak bantu

Sebak melihat video tersebut, warganet rata-rata tercari-cari akan maklumat lelaki berkenaan kerana ingin menghulurkan bantuan kepadanya.

Malah, ada juga yang menyarankan untuknya mengangkat bendera putih agar dapat dilihat oleh pihak yang sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen