"Jujur cakap ada rm10 je..." -Pemuda akui rela hidup gelandangan dari dihina jadi pencuri

Memang tak dinafikan, ramai rakyat yang terkesan selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu berikutan banyak penutupan sektor menyebabkan mereka gulung tikar dan tak dapat bayar gaji pekerja.

Rela jadi gelandangan dari mencuri

Susulan situasi tersebut, seorang pemuda berkesempatan berkongsi pahit getir yang dilalui olehnya selepas dibuang kerja atas faktor yang sama iaitu penutupan premis tempatnya bekerja.

Perkongsian tersebut ada dirakam oleh portal Malaysia Gazette dan sehingga kini ia menjadi tumpuan ramai netizen selepas video tersebut dikongsikan di beberapa platform yang lain dan rata-ratanya sebak dengan kisah pemuda berkenaan yang akhirnya memilih untuk jadi gelandangan selepas dibuang kerja.

Tak nak susahkan adik beradik

Jelasnya pemuda berkenaan, selain tidak mahu menyusahkan adik beradik yang lain dia juga memilih untuk berbuat demikian kerana menganggap ianya lebih baik daripada terpaksa mencuri dan pastinya akan dipandang hina oleh masyarakat.

"Sebelum ni bos saya ada tanggung makan tapi sampai 15 hari je sebab dah mampu nak support..."

"Lepastu saya duduk rumah kakak kejap, saya tak nak susahkan dia sebab dia pun ada keluarga..."

"Lebih baik begini dari jadi pencuri..."

'Moga ada yang bantu'

Tak tergambar rasanya ujian yang mereka lalui ketika ini. Rata-rata netizen amat berharap agar orang ramai mendengar suaranya yang pada ketika ini sangat memerlukan pekerjaan sekaligus meluahkan rasa sebak dengan perkongsian tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen