"Mohon doakan bapak..." -Lengkap dengan PPE, Ebit Lew syukur dapat lawat ayah hidap kanser perut

Sebelum ini, Ebit Lew ada berkongsi di akaun media sosial miliknya  yang memaklumkan bahawa ayahnya telah ditahan di hospital dan berada dalam keadaan kritikal atas masalah kesihatan yang dihidapinya.

Memandangkan pada ketika itu beliau masih berada di Palestin bagi misi bantuan kemanusiaan, ayahnya dijaga oleh adik-beradik yang lain dan hanya mampu memohon doa dari jauh agar ayahnya kuat dan kembali sembuh. 

Kanser perut di peringkat akhir

Bagaimanapun, menerusi posting terbaru beliau memaklumkan bahawa ayahandanya kini berada dalam keadaan tenat dan sedang bertarung nyawa melawan sakit kanser perut yang kini berada di peringkat akhir.

 

Beliau yang masih berada dalam tempoh kuarantin bersyukur diberi kesempatan untuk melihat ayahnya selepas mendapat keizinan daripada pihak KKM walaupun sekejap dengan menyarung PPE lengkap.

'Mohon doakan bapak'

Perkongsian video tersebut turut disertakan dengan kapsyen yang amat meruntun hati sekaligus memohon doa dari orang ramai untuk kesembuhan ayahnya dan dipermudahkan segala urusan.

"Ya Allah, angkatkanlah sakit dari ayah saya..."

"Jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan, saya hadiahkan semuanya buat bapak..." 

-Ebit Lew-

Meskpin dalam keadaan tenat, ayahanda tetap menyokong perjuangan anaknya  dalam menyempurnakan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sebak dan benar-benar menyentuh hati, moga Allah memperkenankan doa orang ramai agar diangkat segala derita dan sakit yang sedang dihadapi oleh ayah Ebit Lew ketika ini.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen