'Surprise' tak jadi, budak perempuan putih mata lihat duit terbang bersama belon

Oleh: Zuzu Yasmine

‘Surprise delivery’ memang menjadi pilihan buat mereka yang ingin lakukan kejutan buat insan tersayang pada hari bermakna. Tidak  kira apa pun yang diterima tentunya perkara itu sangat membuat mereka ini gembira dan teruja.

‘Surprise birthday’

Seperti kanak-kanak perempuan ini yang begitu gembira apabila menerima ‘surprise box’ namun tidak sangka lain pula yang terjadi.

Berdasarkan video dimuat naik pengguna Twitter dikenali @iNerd_, memaparkan seorang kanak-kanak terlihat gembira mendapat kejutan sempena ulang tahunnya.

Tak sempat tarik duit

Namun kegembiraan hanya sementara apabila kejutan itu bertukar terkilan apabila dia membuka simpulan reben pada belon yang membuatkan susunan duit diletakkan bersama turut terbang.

Lebih sedih lagi apabila kanak-kanak tersebut tidak sempat menangkap duit itu dan membuatnya terbang tinggi ke langit.

Harap jatuh depan rumah

Kejadian tersebut telah mencuri perhatian ramai yang rata-rata bersimpati akan nasib kanak-kanak itu namun, pada masa yang sama terhibur akan insiden tidak terjangka itu.

Kesian tapi lawak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen