"Lihat sendiri kerja keras papa..." - Dafi tumpang gembira bapa dilantik jadi Timbalan PM

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta merta.

Sehubungan itu, menerusi laporan Harian Metro, anak kepada Ahli Parlimen Bera iaitu penyanyi Dafi meluahkan rasa bangga dengan pelantikan.

"Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

"Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya," katanya.

Bekas peserta program realiti Akademik Fantasia musim kelima (AF5) itu juga menyatakan bahawa dirinya melihat sendiri kerja keras yang dilakukan oleh bapanya selain turut berharap dapat menggalas tugas tersebut dengan baik.

"Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

"Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya," jelasnya.

Selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ismail juga kekal sebagai Menteri Pertahanan manakala, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Kanan Luar Negeri serta akan mengetuai Kluster Keselamatan negara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen