"Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik." - Ismail Sabri mulakan tugas sebagai TPM

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau telah tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Sehubungan itu, Ismail Sabri telah memuat naik satu hantaran di laman Twitter miliknya memaklumkan bahawa dia akan melakukan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

Harap dahulukan rakyat

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera itu selain turut berharap beliau mengambil langkah bijak bagi menangani wabak Covid-19 yang semakin kritikal ketika ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Rabu lalu selain kekal memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen