Tak cukup ruang, ‘parking lot’ kini jadi tempat penempatan pesakit Covid-19?

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan penularan wabak Covid-19 semakin meresahkan rakyat ketika ini. Malah, saban hari ada sahaja foto dan video akan kesesakan ruang hospital yang membuatkan rakyat semakin gerun.

Walaupun dikatakan keadaan masih lagi terkawal dan semua yang positif wabak Covid-19 mendapat rawatan sewajarnya namun penambahan kes setiap hari sangat membimbangkan.

Katil di parking lot?

Terbaru, tular pula rakaman video dan gambar di sebuah ‘parking lot’ bersama katil dipercayai bagi menempatkan pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.

Dekat MAEPS dah berbulan

Keadaan tersebut tidak dapat dipastikan di mana, namun ada netizen turut mendakwa bahawa Pusat Kuarantin MAEPS turut menggunakan parking lot bagi menempatkan pesakit.

Sehubungan itu, perkara tersebut mendapat perhatian warganet seakan tidak percaya selain turut mempersoalkan akan pengudaraan serta gangguan nyamuk di kawasan tersebut.

Namun, ada juga warganet yang sempat berseloroh adakah mereka perlu menangkap gambar tiang nombor sekiranya di tempatkan di kawasan tersebut.

Kena ambil nombor tiang tak?

Habis nak letak dekat mana?

Bagaimanapun, ada juga berpendapat bahawa ini salah satu usaha yang boleh dilakukan ketika ini memandangkan pesakit dijangkit Covid-19 semakin ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen