Lagi kes berebut makanan di 'food bank', netizen syorkan hantar rumah ke rumah lagi adil

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular video menunjukkan sekumpulan individu datang berebut semua barangan ‘food bank’ yang diletakkan di hadapan sebuah permis.

Berebut ambil makanan di ‘food bank’

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat gelagat sekumpulan individu itu seakan berasak-asak merebut makanan yang disediakan.

Keadaan menjadi tidak terkawal sehingga seorang individu muncul meminta agar mereka semua tidak berebut, namun perkara itu tidak diendahkan.

Malah, boleh didengari juga terdapat sedikit pertengkaran ketika individu-individu terbabit berebut makanan di food bank tersebut.

Setelah semua makanan habis, dilihat individu-individu tersebut beredar malah ada juga yang tidak sempat mengambil apa-apa dan hanya melihat dari jauh sahaja.

Cara ni tak sesuai dekat negara kita

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan kecewakan akan sikap individu berkenaan selain bersimpati pada mereka yang tidak sempat mengambil apa-apa makanan di food bank tersebut.

 

Tunggu depan rumah jelah

Tak ada penjarakan sosial

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen