"Terima kasih Anju!" -Sedekah ayam 'free' di tepi jalan, tindakan Anju dipuji peminat

Oleh: Zuzu Yasmine

Dikenali sebagai pelakon yang penuh kontroversi dan bersuara lantang, Zarina Anjoulie juga dikatakan terkenal akan sikap pemurahnya dalam kalangan peminatnya.

Agih ayam percuma

Turut terkesan akan keadaan rakyat ketika ini, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini turut turun padang membantu mereka yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Difahamkan, hari ini Anju telah menyerahkan sendiri sumbangan ayam segar secara rawak kepada orang awam di Nilai.

Terpaksa jerit di tepi jalan

Tidak hanya itu sahaja, Anju juga dikatakan terpaksa menjerit “ayam percuma” ditepi jalan sehingga dilihat tercungap keletihan. Namun dia akui rasa teruja dapat membantu ramai pihak.

Katanya, disebabkan dia kesuntukan masa dia tidak sempat membuat papan tanda bagi memudahkan orang melihatnya namun sebagai langkah dia telah mengebahkan perkara itu di laman Instagram miliknya.

Bagus la Anju ni!

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan usaha yang dilakukan Anju terhadap mereka yang terjejas. Selain turut mendoakan agar pelakon tersebut dimurahkan rezeki selalu.

 

Moga murah rezeki Anju

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen