Enam hari hilang jejak, pencarian Pak Kob akhirnya temui jawapan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan kehilangan seorang warga emas yang dipercayai mempunyai masalah ingatan pada 4 Julai lalu di Kampung Alor Keladi, Jerteh.

Dilihat menuju ke hutan

Difahamkan, pada hari kehilangan warga emas dikenali sebagai Pak Kob itu, telah memakai baju berwarna kuning berserta kain pelikat dan menaiki motorsikal jenis Modenas Kriss.

Malah kali terakhir warga emas berusia 83 tahun itu dilihat orang kampung ketika menaiki motosikal menuju ke kawasan hutan.

Hanya temui motor

Susulan tidak pulang ke rumah, orang kampung telah melakukan misi pencarian Pak Kob di kawasan sekitar dan pada hari kedua penduduk kampung menemui motosikal warga emas itu di sebuah kawasan hutan di Kampung Bukit Mali, Bukit Payung.

Bagaimanapun, hanya motosikal sahaja yang ditemui pada ketika itu dan Pak Kob tiada di tempat kejadian.

Misi pencarian Pak Kob

Sehubungan itu, misi pencarian Pak Kob diteruskan bersama penduduk kampung berserta penguatkuasa seperti PDRM, Bomba, APM, Rela dan Jabatan Amal yang turut berganding bahu mencari warga emas berkenaan.

Pak Kob ditemui

Namun begitu, selepas masuk hari keenam misi pencarian Pak Kob iaitu pada 9 Julai, warga emas berkenaan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di sekitar kawasan Kampung Bukit Payung lebih kurang pukul 4.40 petang semalam.

Takziah diucapkan buat keluarga Pak Kob dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen