Keluarga rayu beri peluang pemulihan, Nia & Ardi mohon maaf pada rakyat Indonesia

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial akan kes pelakon dan model terkenal Indonesia, Nia Ramadhani bersama suaminya Ardi Bakrie telah ditahan pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

Malah, pasangan ini juga mengakui mengambil dadah jenis syabu itu sejak lima bulan lalu berikutan tekanan kerja serta pandemik ketika ini.

Nia & Ardi mohon maaf

Menerusi laporan Tribunnews, peguam kepada pasangan ini iaitu Wa Ode Nur Zainab memaklumkan bahawa Nia dan suami kini sudah menyesal bahkan telah sedar akan tindakan yang memberi mudarat kepada mereka. Selain memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia.

Zainab juga mendakwa bahawa Nia dan suami kini lebih tenang di dalam penjaga selain pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti dalang sebenar.

Mohon proses pemulihan

Sehubungan itu, pihak keluarga pasangan tersebut juga menuntut rayuan agar Nia dan Ardie menjalani proses pemulihan memandangkan mereka hanya pungguna bukan pengedar dadah tersebut.

Zainab juga percaya bahawa tertuduh wajib diberikan peluang untuk menjalani proses pemulihan mengikut cara perubatan jika disabitkan tidak bersalah. Bukan sahaja menghentikan ketagihan namun dapat diterima kembali dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa mereka belum mendapatkan rayuan bertulis secara rasmi daripada pihak keluarga tertuduh dan masih menunggu sehingga sekarang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen