"Kami sedang berkawan dan kenal hati budi..." - Zoey Rahman dedah hubungan dengan Anju

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya nama pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah ini sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan selebriti berwajah tampan, Zoey Rahman.

Meskipun sebelum ini mereka sudah mengaku memang berkawan rapat sejak di usia muda, namun kapsyen yang ditinggalkan Anju membuatkan netizen meronta-ronta ingin tahu akan situasi sebenar hubungan mereka.

Dalam posting terbaru Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju itu, dia seakan meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen mula mempertikaikan keakrabannya dengan Zoey.

“Dulu dengan ex aku korang gelakkan kata aku kawin dgn shrek la hodoh la . Bila aku dah dengan Zoey orang kata aku tak sesuai konon aku macam mak cik sebelah dia … so bottom line korang nak aku dengan orang camne ??” tulisnya.

Zoey buka cerita

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Zoey memaklumkan bahawa mereka memang rapat sebelum ini dan kembali bertemu semula selepas lama terputus hubungan pada tahun ini.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.”

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya.

Ada suka ada tak

Katanya, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen. Ada yang suka dan ada sebaliknya.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini,” ujarnya.

Akui Anju gila-gila orangnya

Berkongsi akan personaliti Anju, Zoey menyatakan bahawa pelakon berkenaan suka melakukan kebaikan selain ceria orangnya selain meminta netizen tidak menilai berdasarkan apa yang nampak sahaja.

"Sebenarnya dia 'gila-gila'. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

"Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing," katanya.

Bukan gimik produk

Zoey turut menolak dakwaan bahawa ini adalah gimik bagi melariskan produk yang diusahakan olehnya.

"Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

"Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu," jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen