Mengadu sakit kepala lepas 'test', pelajar UiTM meninggal dunia lepas disahkan saraf tunjang pecah

Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah sebagai satu langkah kerajaan bagi menangani masalah pandemik Covid-19 yang makin meningkat.

Namun, secara tak sedar para pelajar sebenarnya mengalami masalah kesihatan dari segi mental terutamanya apabila rata-ratanya mendakwa diri mereka tertekan dengan timbunan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar dalam satu masa.

Dilaporkan kritikal

Menerusi muat naik hantaran di Facebook oleh pemilik akaun Al Faizal Faiz memaklumkan bahawa anak buahnya iaitu Muhd Adham Hazim, 19 tahun sebelum ini telah dikejarkan ke bahagian kecemasan dan sedang bertarung nyawa selepas didapati mengalami pendarahan di kepala.

 

Bagaimanapun, tidak lama kemudian dalam hantaran terbaharunya pula memaklumkan bahawa Adham telah pun menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu jam 10.55 malam di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.

 

 

Dalam kenyataan tersebut turut dimaklumkan bahawa itu merupakan kehilangan terbesar buatnya kerana arwah merupakan antara anak buah yang paling rapat sejak dulu.

Saraf tunjang pecah

Bagaimanapun, menerusi muat naik hantaran di Twitter oleh arisha, Adham yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan di Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Jengka memaklumkan bahawa selain mengalami pendarahan otak, doktor juga mengesahkan bahawa saraf tunjangnya pecah.

Susulan kejadian, doktor tak dapat berbuat apa-apa dan  Adham juga dikatakan hanya bergantung kepada alat bantuan penafasan.

 

Mengadu pening kepala

Dalam perkongsian lain pula, dia yang menggunakan nama @juekmlia memaklumkan bahawa Adham sebelum ini ada mengadu sakit kepala selepas menjawab 'test online' yang mana maklumat tersebut diperoleh dari salah seorang senior.

Dalam perkongsian yang sama, Jue turut memaklumkan bahawa Adham juga mengalami tekanan susulan lambakan tugasan yang diterima.

Untuk rekod, sebelum ini satu kematian turut dilaporkan media membabitkan juga seorang pelajar di sebuah universiti .

Menurut sumber, punca kematian pelajar yang dikenali sebagai Nurul Natasya Ezreen adalah juga disebabkan tekanan belajar dan dipercayai tak cukup tidur kerana mengejar tarikh akhir bagi menghantar tugasan yang diberi.

 

Susulan kejadian tersebut, amat diharapkan agar para pelajar sentiasa jaga kesihatan dan diri lebih-lebih lagi di musim pandemik yang penuh mencabar ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen