Ambil maklum situasi hospital sesak, KKM jangka kes akan stabil dalam tempoh dua minggu?

Dalam satu kenyataan, Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

Beliau berkata demikian apabila melihat proses vaksinasi yang ini sedang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihata awam yang masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini yang dilihat mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Kes meningkat susulan hasil pemeriksaan bersasar

Dalam pada itu, jelasnya lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas kerana  banyak  saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"KKM sudah menjangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan."

"Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan."

-Tan Sri Dr Noor Hisham-

Ambil maklum situasi hospital sesak

Dalam pada itu, beliau turut mengambil maklum akan keadaan hospital yang dilaporkan makin sesak dengan kemasukan jumlah pesakit Covid-19 dan tampil menjelaskan situasi tersebut.

"Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam ICU antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan."

"Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh itu, KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital."

-Dr Noor Hisham-

Tambah beliau, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Susulan itu, kita semua perlu ambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen