Kisah cinta ibarat novel, pelajar akui tak sangka berkahwin dengan cikgu sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Betullah orang kata bahawa usia itu bukan penghalang dalam sebuah hubungan seperti yang dibuktikan oleh pasangan ini apabila 10 tahun jurang usia mereka.

Bermula dengan hubungan guru dan pelajar, siapa sangka itu menyatukan Mohd Hafirudin Ramli dan Nur Syafieqa Samsawi sebagai suami isteri.

Berjanji untuk sehidup semati, Mohd Hafirudin, 29 dan Nur Syafieqa, 19, bersyukur hubungan mereka ini mendapat restu dari kedua belah keluarga dan telah disatukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Bentong.

"Mengikut perancangan, saya dan suami memilih 7 Julai sebagai tarikh akad nikah namun ditunda kerana mengikut ketetapan daripada pejabat agama.

"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan walaupun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jujurnya, saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri, kisah percintaan kami umpama dalam drama atau novel... Tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Nur Syafieqa berkata, Mohd Hafirudin adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga selain mengakui bahawa suaminya itu adalah guru kegemarannya namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.

"Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

"Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

"Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu," katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam.

Kata Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.

Bagaimanapun hubungan mereka bertaut kembali selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG) malah sejak itu sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang.

"Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri," katanya.

Pada awalnya, keluarga keberatan untuk mengizinkannya berumah tangga namun mula terbuka hati selepas melihat kesungguhan Mohd Hafirudin.

"Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.

"Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hubungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir. Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar," katanya.

Sementara itu, Mohd Hafirudin berkata, hatinya terdetik untuk menghubungi Nur Syafieqa pada Disember tahun lalu dan tidak sangka pertemuan semula serta perkenalan dalam tempoh singkat itu berakhir dengan perkahwinan.

Meskipun begitu, Mohd Hafirudin mengakui perjalanan hubungan mereka tidak mudah kerana banyak dugaan dilalui sebelum sah bergelar suami isteri terutama untuk meyakinkan keluarga kedua belah pihak.

"Empat bulan juga saya cuba pujuk ibu dan ayah selain meyakinkan keluarga mentua sebelum mendapat restu kedua belah pihak.

"Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

"Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasan terhadapnya ketika di sekolah.

"Saya terharu apabila ramai mendoakan terutama selepas video kisah kami dimuatnaik di TikTok, kelmarin," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen