Rakan sepermainan maut kerana Covid-19, hanya esakkan & lambaian iringi van jenazah

Oleh: Zuzu Yasmine

Saban hari ada sahaja kes kematian melibatkan pesakit Covid-19 yang meruntunkan jiwa. Mana tidaknya, pemergian mereka ini bukan sahaja tidak boleh diuruskan oleh ahli keluarga malah jiran tertangga namun untuk mencium buat kali terakhir juga tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, bagi memberi penghormatan terakhir, pemandu van jenazah akan membawa kenderaan secara perlahan di hadapan rumah keluarga arwah sebelum dikebumikan.

Lambaian terakhir buat sahabat

Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai @syasyaaaaa8387, dia berkongsi satu video memaparkan van jenazah yang membawa jenazah rakannya yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 ketika sedang menuju ke tanah perkuburan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat jiran tertangga memberi lambaian terakhir pada van tersebut sebagai penghormatan terakhir buat jenazah.

Lebih sebak lagi apabila dengan jelas dapat didengari suara esakkan pengguna TikTok apabila rakan sepermainan sejak kecil telah ‘pergi’ disebabkan Covid-19.

Malah dalam rakaman tersebut juga memaparkan beberapa orang di pinggir jalan dan di depan rumah masing-masing sambil mengangkat tangan terhadap van yang lalu tersebut.

Rezeki dapat lambaian terakhir

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut akui sebak akan perkara tersebut selain memahami perasaan perit apabila tidak dapat melihat jenazah rakan baik sendiri buat kali terakhir.

Ya Allah sedihnya

Takziah buat keluarga

Takziah buat keluarga mangsa dan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, al-Fatihah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen