Salute! 'frontliners' sanggup redah banjir demi ambil stok vaksin dari helikopter

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular di media sosial akan video yang memaparkan sebuah helicopter bersama beberapa ‘frontliners’ sedang meredah banjir.

Menerusi video yang dibuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @datukhensem, menyatakan bahawa frontliners tersebut merupakan petugas-petugas di Pusat Pemberian Vaksin di Long Jegan, Marudi Sarawak.

Difahamkan, petugas tersebut terpaksa mengharungi banjir bagi mengambil stok vaksin Covid-19 yang dihantar menggunakan helicopter oleh pihak bomba.

Memetik laporan Borneo Post Online, PPV Long Jegan terpaksa ditutup berikutan banjir melanda di kawasan tersebut hingga terpaksa menunda pemberian vaksin untuk penduduk di sana.

Walaupun PPV ditutup, helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menyerahkan vaksin Covid-19 untuk penduduk di sana.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman memberitahu, lima lokasi penghantaran vaksin pada hari ini melibatkan Long Teru, Long Ulu Teru, Long Teran, Long Jegan dan Long Luyang di Baram.

“Sebanyak 1,686 dos vaksin Sinovac telah dihantar ke lima kawasan berkenaan pada hari ini, melibatkan kekuatan seramai enam pegawai bomba bersama tiga pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” jelas Khirudin.

Meskipun keadaan banjir menyukarkan kerja-kerja logistik, namun kecekapan anggota bomba bertindak melakukan ‘winching’ bagi memastikan vaksin tersebut selamat sampai kepada anggota kesihatan yang bertugas di kawasan-kawasan terbabit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen