Saksi akui pernah lihat adik Bella disebat, Wardina pula dedah ada campur tangan ahli politik?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang ternanti-nanti akan perkembangan kes terkini mengenai seorang anak istimewa bernama Bella yang ditemui dalam keadaan mengejutkan selepas dijaga di sebuah rumah kebajikan terkenal.

Sehubungan itu, tular di media sosial akan IG Story personaliti media, Wardian Safiyyah yang mendedahkan kisah disebalik isu remaja istimewa bernama Bella yang sempat ‘disimpan’ oleh netizen.

Ada cerita dalam?

Perkara tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @firdauskariem dengan memuat naik beberapa tangkapan skrin berkenaan IG Story personaliti itu.

Ahli politik terlibat?

Menerusi tangkapan skrin yang dikongsi, terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kes tersebut bersangkut paut dengan seorang ahli politik yang tidak didedahkan namanya.

 

Jumpa duit?

Malah, pihaknya turut mendakwa bahawa sejumlah wang dijumpai ketika rumah kebajikan tersebut diserbu pihak polis sebelum ini.

Cover sesama mereka?

Tambahnya, dia juga menyatakan bahawa kes tersebut menjadi panjang disebabkan ada pihak yang ‘cover’ sesama mereka.

Dalam pada itu, Wardina turut mengingatkan bahawa jangan mudah mempercayai seseorang selain turut berharap kes akan diadili dengan sewajarnya.

Terpaksa padam

Bagaimanapun, perkara itu telah dipadam dari Instagram miliknya disebabkan ada pihak menyarankannya untuk melakukan perkara tersebut.

Ada saksi lihat Bella disebat, dikurung?

Meskipun begitu, semalam tular akan pendedahan beberapa saksi dipercayai bekas penghuni rumah kebajikan tersebut yang mendakwa melihat beberapa tindakan tidak berperikemanusiaan beberapa indivdiu terhadap remaja istimewa tersebut.

Menurut saksi-saksi tersebut, Bella pernah disebat menggunakan hanger selain disumbat cili ke dalam mulutnya. Malah saksi juga menyatakan bahawa dia pernah diarahkan untuk kurung remaja itu selain mengawal jadual pemakanannya sebagai denda.

Bella juga dikatakan pernah bercakap dengan ‘kakak-kakak’ di sana bahawa dia mahu pulang ke ‘Rumah 1’ atau rumah yang kini disita.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen