Sangkal semua tuduhan, Ebit Lew bakal jelaskan semuanya esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Menyangkal akan semua dakwaan terhadap dirinya, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis mengenai dua indivdiu di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Antara nama yang menjadi sebutan pendakwah terkenal itu adalah Nadir Al-Nuri dan penyanyi rap, Caprice.

Untuk makluman, Muhammad Nadir merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Palestin dan dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Ebit Lew bagaiamanpun tidak menyatakan secara terperinci intipati laporan yang dibuat olehnya.

Namun, beliau bersedia membuat penjelasan terhadap segala isu yang dibangkitkan Nadir terhadapnya esok.

“Sebelum ini saya sememangnya berdiam diri terhadap sebarang tohmahan dan fitnah terhadap diri saya, dari dulu lagi namun berkaitan isu terbaru ini apabila saya tiba dari Gaza, anak dan isteri saya sendiri tidak dapat menahan kekecewaan dan menangis tentang segala tuduhan yang datang, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis hari ini.

“Laporan (polis) ini adalah sebagai menyangkal segala dakwaan yang tidak benar berkaitan misi di Semenanjung Gaza, Palestin dan meminta polis menyiasat segala fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Dalam laporan polis itu, saya telah memberikan nama-nama serta mereka yang memetik dan berkongsi segala kenyataan fitnah pihak itu kepada pegawai penyiasat untuk membantu siasatan polis,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Beliau turut berkata, bahawa pihaknya tidak berniat bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa sebenarnya sedih dengan laporan-laporan tidak berasas yang disebarkan dalam media sosial sehingga menjatuhkan semangat ahli keluarga dan pasukan misi bantuannya sendiri.

“Apa yang saya boleh katakan laporan ini sememangnya bagi menyangkal dakwaan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Nadir Al-Nuri dan selebriti Caprice.

“Segalanya akan saya perjelaskan esok sama ada secara live platform sendiri atau ada orang lain yang membenarkan menerusi platform mereka,” tegasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen