Gara-gara 'perut kosong' datang temu janji, lelaki pengsan lepas divaksin

Seorang pengguna Tiktok dengan menggunakan nama 'bellastella88' telah memuat naik satu hantaran di platform tersebut yang menyaksikan peristiwa cemas yang telah dilaluinya ketika berada di salah sebuah Pusat Pengambilan Vaksin(PPV).

Pengsan lepas disuntik vaksin

Video tersebut menyaksikan peristiwa  bilamana salah seorang penerima vaksin pada hari tersebut jatuh pengsan ketika berada di bahagian pemerhatian selepas selesai disuntik.

 

Tambah Bella lagi bagi menjelaskan keadaan, rupanya individu terbabit tidak mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum ke PPV bagi temu janji menerima vaksin.

Tiada kaitan dengan jenis vaksin

Dalam pada itu, Bella juga sempat menitipkan nasihat buat mereka di luar sana agar mengisi perut walaupun hanya sekadar dengan meminum air kosong sebelum menerima suntikan.

Hal itu juga berkait dengan antibodi seseorang sama ada kuat atau sebaliknya dan selain menegaskan bahawa jenis vaksin tiada kaitan dengan punca individu terbabit jatuh pengsan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen