Sebak, Shuib duduk di sisi pusara lepas selesai pengebumian

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19 pastinya memberi kesan kepada ramai pihak.

Pastinya yang lebih terkesan tentunya suaminya, Shuib Sepahtu yang perlu berdepan dengan anak-anak serta setiap kenangan dengan Allahyarham.

Umum tahu, sebentar tadi sudah selesai upacara pengembumian jenazah Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu Gombak.

Kesetiaan Shuib

Meskipun sudah selesai majlis pengebumian isteri tercinta, susuk tubuh pelawak terkenal yang merupakan suami Allahyarham sempat dirakam oleh media yang hadir ke tanah perkuburan itu.

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, jelas dapat dilihat Shuib yang berbaju biru sedang duduk di sisi pusara arwah isterinya.

Lebih sebak lagi apabila wajah Suhib jelas terlihat sayu memandang pusara arwah.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sayu melihatkan keadaan tersebut selain menzahirkan ucapan takziah buat pelawak terkenal itu.

Malah, waragnet juga berharap agar Shuib kuat dan tabah mengharungi ujian tersebut.

Moga Shuib & anak kuat

Mengalir air mata

Tak terbayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen