"Terang dengan pakaian serba putih." -Pernah mimpi jumpa Sarah, Rebecca tak sangka beri tanda nak 'pergi'

Pernah berhadapan dengan ujian yang sama, Rebecca Nur Al-Islam menerusi muat naik hantarannya di Instagram meluahkan rasa sebak selepas mendengar khabar pemergian Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19 awal pagi tadi.

'Tak pernah rapat dengan arwah'

Hantaran tersebut menyaksikan perbualannya dengan Siti Sarah sebelum ini ketika mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19. Dia akui tidak pernah merasa rapat dengan arwah sebelum ini, namun apabila menerima pesanan ringkas dari arwah di Whatsapp dengan bertanyakan khabar membuatkan dia merasa dekat.

 

"Sanggup usaha dan cari nombor I untuk Whatsapp I, berdoa untuk I, suami dan anak-anak sehingga I merasa sangat sayang dekat Yoi dan sangat dekat dengan You..."

'Selalu tanya khabar'

Tidak hanya dengan itu, Rebecca turut memberitahu bahawa arwah ada memperkenalkan doktor kepercayaanya jika berlaku sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kuarantin.

"She Whatsapp me eventhough we never met in person..."

"Dia menunjukkan keprihatinannya kepada saya dan memberikan nasihat positif berhubung Covid-19."

"Dia sangat risau masa saya sakit haritu. Siap nak kenalkan saya dengan doktor."

-Rebecca-

Jumpa arwah kali terakhir dalam mimpi

Bagaimanapun, Rebecca turut tidak menyangka bahawa mimpinya sebelum ini memberi tanda bahawa itu merupakan kali terakhir dia akan bertemu dengan Siti Sarah.

"Dan sehinggakan hari Jumaat hari tu, I boleh mimpi terang muka You dengan berpakaian serba putih."

-Rebecca-

Untuk rekod, Rebecca sekeluarga sebelum ini pernah melalui detik yang sama selepas mereka disahkan positif Covid-19 namun, nasib masih menyebelahinya apabila mereka kembali sembuh daripada jangkitan itu selepas 14 hari kuarantin.

Dalam pada itu, menerusi muat naik hantaran yang lain pula, terlihat dia turut tidak melepaskan peluang untuk hadir ketika sesi pengebumian berlangsung untuk memberi penghormatan terakhir meskipun hanya melihat dari jauh.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen