Ibu terpaksa ditirapkan, Achey bimbang keluarga dijangkiti Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi khabar duka apabila kini ibunya sedang menerima rawatan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.

Difahamkan, ibunya yang berusia 73 tahun itu terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit Covid-19 tahap empat berikutan perlu mendapatkan pemantauan rapi.

“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki empat hari. Dia demam sedikit.

“Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian lebih rapi.

“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara menirap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” kongsinya pada Astro Gempak.

Berkongsi akan punca jangkitan itu, Achey memaklumkan keluarganya dijangkiti virus berkenaan daripada pelanggan yang datang membeli jualan mereka di tepi jalan.

“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula abang saya, ibu saya dan kakak.

“Buat masa sekarang kakak saya sudah balik tinggal abang dan ibu masih dirawat di hospital.

“Balik saja kakak saya, adik saya pula dinawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempaun dan anaknya pula positif Covid-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin.

“Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” katanya lagi.

Menganggap kemalangan sebelum ini satu hikmah, dia memaklumkan kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahya menjadi penghantar barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis berikutan mereka semua dijangkiti Covid-19.

 

Difahamkan, keluarga Achey mula dijangkiti wabak berkenaan sejak minggu lalu lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen