"Jangan berlebihan..." -Fynn Jamal pesan jangan terlalu obses puji orang dah tak ada

Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa influencer dan penyanyi Fynn Jamal pasti tahu kini dia telah memperlahankan kariernya sebagai penyanyi namun, masih aktif berkarya dan menjalankan bisnes di Instagram sekaligus dilihat kerap membuat sesi bersoal jawab dengan peminat.

Ulas keperluan mengenang jasa orang meninggal dunia

Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah diajukan soalan mengenai keperluan mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia.

 

Tulisnya, tidak salah untuk memuji atau mengingat segala kebaikan yang dibuat si mati namun, perlu berpada-pada sehingga tanpa sedar kita telah menyulam sekali dosa.

 "Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi, kita takkan rosakkan keindahan yang Allah dah bagi dia, kan?"

'Kalau betullah tak setuju'

Namun begitu, tak dinafikan mungkin ada yang kurang bersetuju dengan kenyataannya, jadi dia telahpun menggariskan ulasan tersebut dengan hadis Rasulullah bagi memperlihatkan kepada yang lain bahawa kata-katanya bukanlah kosong semata-mata.

 

 

"Tidakkah kita cukup sayang orang-orang baik yang telah pergi? Kenapa dicacatkan penghujung keindahan pengakhiran dia?"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen