Gali 40 makam sehari demi jenazah Covid-19, penggali kubur terima Anugerah Maal Hijrah

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pandemic Covid-19 yang melanda negara, mendorong penggali kubur mengerah kudart yang ada untuk menggali liang lahad lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menjadi antara mereka yang penting ketika ini, seorang penggali kubur dikenali sebagai Encik Roslee bin Ali telah dianugerahkan sebagai sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Menurut perkongsian tersebut, Encik Roslee bin Ali merupakan salah seorang Penerima Anugerah Tokoh Frontliner iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini.

Encik Roslee berkhdimat sebagai seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh semenjak tahun 2011 hingga kini.

Bahkan sejak pandemik menlanda, beliau telah menguruskan pengebumian jenazah Covid-19 serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Untuk makluman, pengumuman Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pada itu, beberapa lagi anugerah telah diberikan kepada mereka yang layak mengikut kemahiran dalam bidang masing-masing. Kesemua pemenang anugerah akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen