Kisah kejayaan bikin mengalir air mata, kenali 5 lagenda pelumba basikal negara ini

Nama Dato Azizulhasni Awang terus menjadi sebutan selepas beliau berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara sukan berbasikal di Olimpik Tokyo 2020 baru ini.

Namun, anda perlu tahu bahawa sebenarnya masih ada lagi lagenda sukan trek berbasikal ini sebelum munculnya The Pocket Rocket Man yang juga pernah mengharumkan nama negara. Mungkin ada yang sudah mengenali mereka dan tak dinafikan ada yang sebaliknya. Berikut merupakan senarai lagenda pelumba basikal di Malaysia.

1. Daud Ibrahim: Tak bercakap seminggu dengan sesiapa sebelum bertanding.

Pada tahun 1970, Allahyarham Daud Ibrahim telah memenangi pingat emas dalam acara trek 1,600 meter di Sukan Asia Bangkok.

Tidak terhenti di situ, beliau menempa lagi kejayaan mewakili Malaysia apabila berjaya bolot empat pingat emas setahun selepas itu dalam bermacam-macam kategori berbasikal trek pada Sukan SEAP 1971 (sekarang SEA) sekaligus menjadikan beliau sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun yang sama.

Pun begitu, beliau tewas pada Sukan Olimpik Munich 1972 namun, semangatnya benar-benar menjadi sumber inspirasi apabila mengetahui kesungguhan dan caranya berlatih yang mana menurut sumber beliau akan tidur seawal jam 10 malam untuk menjaga kecergasannya selain terbiasa tidak bercakap dengan sesiapa selama seminggu untuk mengekalkan fokusnya.

Perjuangannya kemudian tidak berakhir di situ, beliau telah dilantik menjadi jurulatih kebangsaan untuk sukan SEA KL 1989 dan siapa sangka tuahnya berbalik pula kepada anak-anak didik selepas berjaya membolot empat pingat emas selain diberi penghormatan untuk menyalarkan obor sukan SEA di majlis pembukaan Sukan SEA 2001 yang mana pada ketika itu Malaysia menjadi tuan rumah.

2) Ng Joo Ngan: Pagi berkayuh, tengahari kerja bengkel

Bagi tokoh seterusnya, pelumba berbangsa Cina ini telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara berbasikal lebuh raya. Hebat!

Bercerita lanjut mengenai jatuh bangunnya dalam industri sukan berbasikal ini, nak dijadikan cerita  dahulu sewaktu remaja dia telah dicabar oleh jrannya untuk berlumba namun, dia kalah. Sejak kejadian, dia nekad untuk terus melakukan latihan sehinggalah berjaya mengatasi jirannya dan secara tak sedar dia telah melakukan latihan itu setiap hari selama setahun sambil membahagikan waktunya untuk bekerja di bengkel.

Tahu tak kenapa Ng gigih bekerja, padahal masa tu umur dia baru 17 tahun? Rupanya ada niat nak beli basikal guna duit sendiri kerana tak sampai hati untuk susahkan ibu bapanya yang hanya seorang peniaga kain.

Akhirnya, dia berjaya membeli basikal dengan duitnya dan kemudian dia menyertai pelbagai perlumbaan basikal dan setahun lepastu dia terpilih untuk menjadi wakil negara. 

Betapa idolanya anak muda masa tu dekat Ng sampai sanggup cari dia sebab nak minta tunjuk ajar, sungguh mengagumkan.

3) Rosman Alwi: Berlatih sampai pengsan lepas ditampar jurulatih

Atlet seterusnya ini rasanya ada perjalanan karier yang sama macam Dato' Azizulhasni, okey cuba tengok sebelum ini mungkin kita tahu Jijoe telah pecah rekod Asia untuk acara pecut tapi tau tak Malaysia sebelum ini juga pernah ada Raja Pecut Asia 200 meter dan pernah digelar 'The Turtle Head'.

Sama macam atlet basikal yang lain, Rosman juga menjalani latihan setiap hari tapi yang membezakannya dengan yang lain apabila dia dilatih oleh ayahnya sendiri tau.

Pun begitu, tekaan anda yang memungkinkan dia peroleh layanan istimewa silap sebaliknya dia pernah ditampar, tarik telinga dan maki di depan kawan-kawannya. Dia akui kecewa tetapi boleh jadi ia berkat kejayaannya sehingga namanya terus tersemat dalam industri sukan hari ini.

Namun, perjalanan kariernya tidak berlalu dengan indah sebaliknya dia pernah digantung daripada bertanding selama 2 tahun selepas gagal ketika ujian air kencing.

Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah dituduh sengaja pengsan ketika berlangsungnya perlawanan bersama atlet Indonesia kerana takut kalah tapi Rosman tak berputus asa dan bertanding lagi di Sukan SEA KL 2001 pada usia 40 tahun. Agak sedih masa tu dia tak kuat jadi dia tewas dalam perlumbaan itu.

4) Murugayan Kumaresan: Rangkul 21 pingat dalam sukan SEA

Hebat ke tak, berjaya raih 21 pingat tu untuk Malaysia, okey untuk makluman 9 daripada 21 pingat tu adalah emas tau yang berjaya diperoleh beliau sepanjang menyertai sukan SEA edisi 1985 hingga 1997 sekaligus melayakkan dia menyertai dua kali Olimpik.

Dengarnya Murugayan ni memang lejen dalam kalangan anak muda masa tu, mana taknya dialah orang Malaysia pertama yang dapat masuk pusingan akhir acara berbasikal trek di Barcelona pada tahun 1992. Walaupun tak menang masa Olimpik, dia berjaya jadi juara acara yang sama di Kejohanan Berbasikal Pra-Sukan Komanwel.

Kemudian dia bersara lepas gagal mendapatkan apa-apa kejayaan dalam Komanwel KL 1998.

 

5) Josian Ng: Orang tua tak restu main basikal, tetap gigih ketuk pintu tawarkan diri jadi wakil negara

Antara kelima-lima atlet berbasikal ni, perjalanan karier Josian Ng boleh tahan mencabar juga ni sampai tahap mak ayahnya sendiri tak restu dia menyertai sukan berbasikal tapi kerana minat dia ikhtiar juga untuk sorokkan basikalnya di rumah kawan sejauh 5KM.

Tapi sayangnya, rahsia Josian terbongkar dan dia telahpun dihalau keluar dari rumah yang mana pada ketika itu usianya 18 tahun. Sebak! tapi semangatnya memang bikin mengalir air mata.

Untuk makluman, Josian kemudian telah pulang ke Malaysia dan menetap bersama atuk dan neneknya. Dia kemudian pergi ke pejabat Majlis Sukan Negara (MSN) semata-mata untuk tawarkan diri dalam berbasikal trek tapi bukan senang tau, tapi dia tetap berusaha untuk meyakinkan MSN dan siapa sangka berkat kesabarannya akhirnya dia berjaya ke Olimpik Athens 2004.

Namun, nasibnya kurang baik apabila empat bulan sebelum bertanding, pergelangan tangan, gigi dan hidungnya patah terlibat kemalangan sewaktu praktis menyebabkan jadulan latihannya ditundan enam minggu.

Untuk rekod, waktu Komanwel New Delhi 2010, pingat emas Azizulhasni pernah dibatalkan dalam acara Keirin yang kemudiannya diberikan kepada pelumba peroleh tempat kedua. Pelumba bertuas tu adalah Josiah Ng yang juga merupakan atlet dari Malaysia.

Itulah dia sedikit sebanyak sejarah dan latar belakang lagenda sukan trek basikal yang telah berjaya membawa nama Malaysia hingga ke mata dunia dan siapa sangka dalam kejayaan mereka ada air mata dan cabaran yang perlu ditempuh.

Walaupun sudah lama berlalu, tapi rakyat Malaysia tetap bangga dengan kejayaan bukan sahaja dari atlet dalam acara berbasikal bahkan yang lain juga. Terima Kasih!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen