Sekian lama berehat terus disentuh tentang 'hijrah', Janna Nick terima positif komen Lufya

Cabaran sebagai seorang selebriti memang akan berdepan dengan pelbagai kontroversi dan segala kritikan tidak kiralah daripada netizen mahupun rakan artis.

Nyata, Janna Nick juga antara selebriti yang sebelum ini pernah melalui hal yang sama dan siapa sangka ia memberi kesan kepada emosinya sehingga pelakon Love Me, Senorita itu mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari media sosial.

Susulan itu, siapa sangka dia kelihatan lebih positif ketika berdepan dengan teguran seorang selebriti ke atasnya menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran Janna Nick.

'Saya tak terasa langsung'

Memetik laporan Kosmo, Janna akui tidak terasa hati langsung dengan komen yang ditinggalkan Lufya, sebaliknya dia berkata apa yang dikatakan rakannya itu adalah sesuatu yang benar.

"Apa yang dia (Lufya) cakap itu memang kebenaran (menutup aurat) yang kita semua tahu. Mungkin dia mahu gunakan platform Instagram untuk dia berdakwah dan mengajak kita ke arah kebaikan."

"Saya ambil teguran itu secara positif."

-Janna Nick-

Ulas lanjut, Janna berkata umat islam baru sahaja memasuki tahun baharu, semalam dan sudah tiba masanya untuk menjadi individu yang lebih baik.

"Kita pun baru masuk tahun baru Islam, Inilah masa untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Dalam situasi ini, saya harap semua orang akan jadi lebih positif."

'Saya doakan dia'

Sementara itu, Lufya berpendapat bahawa komen yang ditinggalkan itu akan jadi positif kalau dibaca dengan nada positif.

"Bagi saya kalau orang yang positif pasti yang membacanya dengan nada positif. Apa yang saya katakan itu adalah satu doa."

"Saya sedang doakan Janna dan pastinya doa yang baik itu akan kembali semula pada yang mendoakan (diri sendiri) untuk terus istiqamah."

-Lufya-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen