Mesej abang nampak pelik, cuba untuk positif rupanya tanda dia nak 'pergi'

Sejak kebelakangan ini, jumlah kes kematian disebabkan jangkitan Covid-19 amat membimbangkan.

Ramai ahli keluarga hilang orang tersayang dan hilang tempat bergantung dan jelas sekali ianya amat meruntun hati dan itu juga turut dilalui oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Aweeff yang telah kehilangan abang tersayang.

Baru beberapa jam 'Whatsapp' abang'

Bercerita lanjut, kejadian itu benar-benar membuat dia termenung seketika kerana tidak menyangka ianya akan menimpanya sekeluarga sedangkan baru beberapa jam mereka saling berbalas mesej di Whatsapp.

Namun begitu, dia juga turut terkilan kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada arwah kerana memarahinya sebelum ini gara-gara meminta air bergas dalam keadaan dia seperti itu.

Ayat abang nampak pelik

Menurut @Aweeff, ketika saling berbalas mesej arwah abang sempat meluahkan rindu yang teramat sangat kepadanya membuatkan dia  pelik dengan situasi itu namun, dia cuba bersikap positif dan meminta agar abangnya terus berdoa agar kembali sembuh daripada jangkitan virus tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut akui sebak selain membanjiri dengan ucapan takziah buat @Aweeff sekeluarga. Hal itu kerana sebahagian daripadanya juga pernah alami situasi yang sama sepertinya sebelum ini.

Benar, Covid-19 itu membunuh dah siapa sangka penularannya makin tidak dapat dikawal lagi sehinggakan ia telah meragut jutaan nyawa dari seluruh negara. Apapun didoakan buat semua agar sentiasa dilindungi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen