Terkejut semua kek cair, wanita 'putih mata' dapat tahu 'chiller' bertukar suhu

Orang kata masuk dalam dunia perniagaan ni perlu kental. Namun, terbayang tak sejauh mana ujian dan cabaran yang dilalui mereka ketika berada dalam dunia perniagaan ini selain perlu bersaing meningkatkan jualan?

Kek semua rosak, cair

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Tiktok bernama Siti Norashikin ini mungkin dapat kita lihat betapa kentalnya jiwanya sebagai seorang pengusaha kek apabila terpaksa 'berputih mata' melihat semua kek buatannya cair.

 

 

Menurutnya, chiller yang menempatkan semua kek buatannya tiba-tiba panas dan tak berfungsi menyebabkan semua kek sedia ada tak dapat diselamatkan, habis cair dan comot.

'AllahuAkbar, sedihnya!'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa simpati melihat keadaannya yang terpaksa menanggung rugi pada hari itu, namun tak kurang juga yang memberikan kata semangat buat pengusaha kek itu agar mengambil hikmah disebalik kejadian yang menimpanya.

 

'Saya dah pernah kena, nangis'

'Moga semuanya dipermudahkan'

'Tabah kak'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen