Keadaan abang ipar sama dengan arwah Siti Sarah, Shuib mohon doa ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, berita akan keadaan abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahamad Firdous Raissuddin yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menerusi perkongsian di Instagram pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.

Dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual malam tadi, Shuib memaklumkan bahawa paru-paru abang iparnya berada dalam kondisi sangat tidak baik.

"Sebab itulah saya tetap mahu teruskan sesi doa dan bacaan Yaasin pada malam ini," katanya.

Pelawak berusia 38 tahun itu memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Ahmad Firdous yang juga abang sulung sulung Siti Sarah.

"Namun, kira-kira jam 11 pagi, kakak ipar menghubungi saya dan maklumkan keadaan suaminya tidak berapa baik.

"Doktor menjelaskan, situasinya hampir sama dengan arwah isteri saya," ujarnya lagi.

Menurut Shuib, hubungan Allahyarham isterinya dengan Ahmad Firdous sangat akrab.

"Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepadanya. Abang ipar dengan arwah sangat rapat dan dia baik orangnya.

"Tapi ketika dia tidak sihat, semangatnya agak lemah. Jadi saya harap dengan bacaan Yassin dan doa pada malam ini, dia diberikan kekuatan untuk bangun dan berjuang. Insya-Allah," katanya.

Dalam pada itu Shuib turut memaklumkan bahawa dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 dan berharap mereka kuat untuk melawan wabak berkenaan.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen