"Dah dua tahun dijajah Covid-19 masih tak tahu SOP?" -Netizen kesal lihat video PPV sesak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular satu video yang memaparkan Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di ibu kota sesak dengan warga asing yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Susulan itu, tular pula satu video lain yang turut memaparkan keadaan sesak bagaimanapun kejadian tersebut dikatakan berlaku di salah satu PPV di Sabah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, memaparkan keadaan sesak di PPV tersebut selain orang ramai beratur secara dekat tanpa penjarakan sosial.

Pengguna Twitter berkenaan turut mempersoalkan tindakan penguatkuasa yang tidak memantau keadaan tersebut selain meluahkan rasa bimbang perkara ini menjadi punca kes jangkitan semakin bertambah.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen turut kesal dan kecewa melihat keadaan itu. Malah mereka juga berpendapat akan tindakan pengunjung-pengunjung tersebut yang tidak peka SOP walaupun sudah dua tahun hidup dalam pandemik Covid-19.

Kaji balik ambil vaksin 'walk-in'

Dah 2 tahun masih tak tahu ke?

Mana urusetia PPV ni?

Tak takut ke?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen