"Syukur dah buka mata..." - Abang arwah Siti Sarah dah sedarkan diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau semalam, kita semua dikhabarkan abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah dimasukan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk ditidurkan selepas mengalami jangkitan Covid-19 tahap empat.

Terbaru, menerusi Instagram suami kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan abang iparnya, Ahmad Firdaous Raissuddin telah pun sedar selepas beberapa jam ditidurkan.

“Allahuakbar!!! Allah Maha Besar!!! Syukur dah bukak mata!!!” kongsinya.

Dia yang bersyukur akan perkembangan abang iparnya itu berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan selain turut akan terus melakukan usahanya untuk membantu mereka yang sedang bertarung wabak berkenaan ketika ini.

“Terima kasih pada yang mendoakan... Tapi kita sambung lagi doa untuk yang lain yang sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat!!! Balik jumpa keluarga Amin. Syukur Ya Allah,” luahnya lagi.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen