Dua maut satu cedera parah, anggota TUDM tembak rakan sebelum diri sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku satu insiden kejadian tembakan membabitkan empat warga TUDM sedang bertugas di unit TUDM Kota Samarahan, Sarawak pada jam 7.15 pagi hari ini.

Sehubungan itu, pihak TUDM memaklumkan akan menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa empat anggota TUDM maut dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika masa serah tugas di Balai Pegawai Handau Skuadron 330 TUDM.

"Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri," katanya.

Beliau turut memaklumkan, dua rakan yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.

"Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

"Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan," ujar beliau.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen