Dilihat makin berisi, Elyana akui berat badan bertambah lepas jalani rawatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kembali tersenyum ceria selepas menjalani beberapa siri rawatan radioterapi, penyanyi Elyana kini dilihat semakin berisi dan berseri.

Perkara tersebut disadari oleh salah seorang pengikut laman Instagram penyanyi berkenaan dan menegur akan perubahan fizikal yang dialaminya.

Menjawab pertanyaan peminatnya, Elyana mengakui bahawa berat badannya kini sudah mula bertambah yang dahulunya 35 kilogram menjadi 49 kilogram.

Perkara tersebut dijawan oleh pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ketika dia membuka soalan “nak tanya apeee?” di IG story miliknya.

Dalam pada itu, peminatnya juga bertanya akan tips yang diamalkan penyanyi tersebut untuk sentiasa kekal positif walaupun sudah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.

Terdahulu, Elyana telah menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat penyakit kanser limfoma yang kini berada di tahap empat.

Untuk makluman, kanser tersebut turut telah merebak ke beberapa organ badannya yang lain seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen