Lama tak balik kampung, Apriyani Rahayu nangis dapat jumpa ayah, terus sujud cium kaki

Kejayaan atlet berpasangan badminton Indonesia di Olimpik Tokyo baru-baru ini pastinya menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara republik itu apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara tersebut.

Pengorbanan Apriyani tak sia-sia

Namun, disebalik kejayaan itu siapa sangka ada pengorbanan yang para atlet lakukan untuk memberi yang terbaik buat negara masing-masing dan itu termasuklah perlu berjauhan dengan ahli keluarga, suami dan anak bini untuk tempoh waktu yang tak dapat dijangka.

Begitulah juga yang dilalui oleh Apriyani Rahayu apabila terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga tercinta. Dia ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan TV akui rindu akan bapanya di kampung dan dia menjawan bahawa dia pasti akan pulang ke rumah bertemu keluarganya selepas selesai urusan kuarantin dan sebagainya.

Sebak dapat jumpa ayah sampai sujud

Bagaimanapun, pihak produksi sepakat untuk memberi kejutan buat Apriyani dengan menjemput ayahnya untuk turut hadir dalam program itu dan siapa sangka tindakan yang dibuat jaguh badminton nyata mengundang sebak penonton.

 

 

Dia tanpa segan terus memeluk si ayah sebelum bersujud mencium kakinya. Air matanya juga gagal ditahan kerana tidak menyangka dia akan bertemu ayah lebih cepat dari jangkaannya.

'Lemah sangat kalau bab orang tua'

Meninjau ke ruangan komen, tak dinafikan rata-ratanya turut meluahkan rasa sebak selain kagum dengan sifat menghormati Apriyani yang menghormati serta menyanjungi seorang insan yang bergelar bapa.

'Bangun pagi nangis'

'Memang patut dia berjaya'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen