Habis keluar suara nenek kebayan, wanita melatah terkejut ketika 'swab test'

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalani ujian saringan Covid-19 sememangnya sangat mendebarkan. Bukan sahaja bimbang akan keputusan yang bakal diperolehi, namun ramai yang mengatakan ujian swab ini agak menyakitkan.

Bagaimanapun, ujian swab itu pasti lebih membimbangkan mereka yang melatah kerana takut lain pula jadinya.

Seperti yang berlaku terhadap wanita yang dikenali sebagai Wanie ini apabila dia melatah saat melakukan ujian swab itu.

Suara pun berubah

Menerusi video yang dikongsikan di platform TikTok itu, suara wanita berkenaan berubah seperti suara wanita tua ketika ujian saringan sedang dijalankan.

Itu belum lagi tangannya berusaha untuk menarik batang calitan yang digunakan ketika sedang masuk ke rongga hidungnya.

Video telah ditonton lebih 800,000 tontonan setakat ini dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut akan suara wanita berkenaan.

Mereka juga turut mengakui terhibur akan gelagat wanita tersebut ketika melatah semasa lakukan ujian saringan itu.

Ingat kena rasuk

Masa diam cute je

Sakit perut ketawa

Takut dengar suara dia

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen