Rezeki 'terpijak' lepas 15 tahun, Fedtri Yahya terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Ahmad Fedtri Yahya merupakan antara nama besar yang amat dikenali dalam bidang pengacaraan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu beliau juga berbakat dalam penghasilan lirik lagu dan menulis buku berbentuk ilmiah serta motivasi.

Jadi, tak terkejutlah jika beliau telah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H.

Terkejut terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Berkongsi perasaannya di Instagram, Fedtri Yahya akui terkejut selepas namanya terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1443H.

Bagaimanapun, Fedtri dalam hantarannya turut meluahkan rasa syukur di atas penghargaan tersebut selain menyanjungi rakan sekerjanya yang lain dengan ucapan terima kasih selepas terpilih dalam kategori Pendakwah Kreatif.

"Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul."

"Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi istiqamah insyaa-Allah."

-Fedtri Yahya-

Selain itu, dia juga mendedikasikan ucapannya buat ahli keluarga serta anak-anaknya yang tercinta kerana menjadi sumber kekuatan dan inspirasinya setelah 15 tahun bertugas dalam bidang pengacaraan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen